Thursday, January 29, 2009

Khitbah Bukan Tunang !

Kalau di Malaysia, tunang tu setakat cop je. Lebih sikit saja dari
couple, sebab dengan persetujuan ibu bapa. Tak ada sebarang lesen
untuk buat lebih daripada batasan yang telah ditetapkan antara bukan
muhrim.

Di negara-negara Arab, konsep khitbah ialah NIKAH tanpa majlis dan
tak duduk sama [dalam hal sebagai pelajar]. Maknanya, secara
rasminya mereka dah jadi suami isteri, tapi tak formalize. Tak
diumumkan pada orang ramai, sebab tanpa kenduri. Kan hikmah kenduri
itu untuk beritahu pada umum mengenai status satu-satu pasangan?

Walaupun tak formal, tapi hubungan mereka dah sah. Jadi, tak ada
zina, tak ada gugur atau buang anak.

Malaysia, memang sepatutnya aplikasi konsep itu, dengan keadaan
sekarang yang makin hari makin kronik. Walaupun KOSMO! dan cover
cerita-cerita pelajar IPT dengan penemuan tapak kaki BigFoot
[alahai...].

Ia tetap tak merubah fakta.

Nanti akan ada yang berbunyi, "Kami tak sedia lagi. Tak ada duit nak
sara kehidupan."

Ustaz jawab, "Sekarang ni korang tak cukup makan ke?"

"Tapi ustaz, nanti masa cuti nak balik rumah siapa?"

"Korang ni..., ish! Kenapa fikir susah-susah? Buat macam sekarang
la..."

Khitbah cara Arab ini cuma untuk menghalalkan hubungan yang haram.
Tak perlu lagi fikir pasal rumah, kereta, kerja... Tak perlu tokok
dosa lagi dengan 'aktiviti-aktiviti' semasa couple.

[Masa couple pun ada fikir ada yang tak fikir juga, kan?]

Sementara tengah belajar ni. Belajar, yang kebanyakan ibu bapa
jadikan alasan untuk anak-anak mereka tak boleh fikir pasal benda-
benda ni. Sebab fitrah itu tak dapat nak dikekang pada usia 'remaja'
universiti, maka, diam-diamlah mereka buat projek, tak nak ibu bapa
tahu.

Ibu bapa percaya. Anak-anak pula leka. Last-last masing-masing tak
tau mana nak taruk muka.

Saya setuju dengan ustaz. Ibu bapa perlu lebih bersikap terbuka
dalam hal ni. Jangan asyik dok fikir, nanti kalau anak aku ni tiba-
tiba je nak kawin, tak menyempat-nyempat, apa pula kata orang. Mesti
orang akan kata, tak ada angin, tak bergoyang pokok...

Peduli apa kata orang. Mulut tempayan boleh tutup. Mulut manusia
yang tak boleh.

Asal kita tahu apa yang kita buat tak salah. Cuma untuk harap redha
TUHAN yang jauh lebih baik daripada segala-galanya. Yang penting,
ibu bapa kenalah ambil tahu hal anak-anak remaja mereka dan sokong
fizikal, mental dan material.

Jom buat petition. Minta sokongan orang ramai. Buat adat dan cara
baru, jika adat yang sedia ada menyusahkan.

"Islam itu mudah, adat yang menyusahkan."

[NIKAH, connecting people, halal way]

1 comment: