Thursday, January 29, 2009

farshi turab (dust is my bed)

Dust is my bed
Embraces me
And its my cover now
The sand
Surrounds me
Even behind my back
And the grave tells a darkness
Of my affliction
And the brightness
Draws a line

And whre is my family now
They sold my loyalty
And where my group of friend
They left my brotherhood
And where is the bliss of money
Its behind my back now
And my name (reputation) where its is shine
Between praise
This is my bed
Dust is my bed

And love farewell its logging
And my elegizing cried
And the tears went dry
After crying
And the universe become narrow
And so is my space
And the grave become
My ground an sky
This is my bed
Dust is my bed

And fear fills my estrangement
And sadness is my illness
I expect firmness and i swear
Its my cure


And for Allah i pray faithfully
You are my hope Allah
A desire heaven
To find bliss in it

WaNiTa = ProBleM??

benarkah ini? hehehe...aku pun tak tahu...mungkin ade benarnya...and mungkin ade salahnya..

Renungan Bersama ... ISTERI NAUZUBILLAH

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.

" Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah mempersilakannya duduk.

" Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas Arifin.

"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.


Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin.


" Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.


" Entahlah..." katanya perlahan,


"lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas, " kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.


"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya.


" Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.


Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut


" Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.


Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang , tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.


" Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu


"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.


" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.


"Insya-Allah...."Balas saya.


Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.


"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?"


"Macam-macam ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, *****a minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit memang macam tu," kata Arifin.


Saya *****a mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya.


" Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.


"Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.


"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.


Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.


" Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza *****a tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan
selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; "Pin ,saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".

" Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

" Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan.
"Keluar lendir bercampur nanah."
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.


"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."

"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.


" Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.


"Ustaz," katanya,

" sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"

"Kenapa?" pantas saya bertanya.

" Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;


Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.


Saya tanya "kenapa?"
Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam."

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas
diluar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.


Dia minta saya maafkan." Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.


" Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."

" Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik.

" Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut. " Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus
memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.


" Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ? Maki dia? Tak ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.


" Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.


"Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia."Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir
daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.


Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......

Khitbah Bukan Tunang !

Kalau di Malaysia, tunang tu setakat cop je. Lebih sikit saja dari
couple, sebab dengan persetujuan ibu bapa. Tak ada sebarang lesen
untuk buat lebih daripada batasan yang telah ditetapkan antara bukan
muhrim.

Di negara-negara Arab, konsep khitbah ialah NIKAH tanpa majlis dan
tak duduk sama [dalam hal sebagai pelajar]. Maknanya, secara
rasminya mereka dah jadi suami isteri, tapi tak formalize. Tak
diumumkan pada orang ramai, sebab tanpa kenduri. Kan hikmah kenduri
itu untuk beritahu pada umum mengenai status satu-satu pasangan?

Walaupun tak formal, tapi hubungan mereka dah sah. Jadi, tak ada
zina, tak ada gugur atau buang anak.

Malaysia, memang sepatutnya aplikasi konsep itu, dengan keadaan
sekarang yang makin hari makin kronik. Walaupun KOSMO! dan cover
cerita-cerita pelajar IPT dengan penemuan tapak kaki BigFoot
[alahai...].

Ia tetap tak merubah fakta.

Nanti akan ada yang berbunyi, "Kami tak sedia lagi. Tak ada duit nak
sara kehidupan."

Ustaz jawab, "Sekarang ni korang tak cukup makan ke?"

"Tapi ustaz, nanti masa cuti nak balik rumah siapa?"

"Korang ni..., ish! Kenapa fikir susah-susah? Buat macam sekarang
la..."

Khitbah cara Arab ini cuma untuk menghalalkan hubungan yang haram.
Tak perlu lagi fikir pasal rumah, kereta, kerja... Tak perlu tokok
dosa lagi dengan 'aktiviti-aktiviti' semasa couple.

[Masa couple pun ada fikir ada yang tak fikir juga, kan?]

Sementara tengah belajar ni. Belajar, yang kebanyakan ibu bapa
jadikan alasan untuk anak-anak mereka tak boleh fikir pasal benda-
benda ni. Sebab fitrah itu tak dapat nak dikekang pada usia 'remaja'
universiti, maka, diam-diamlah mereka buat projek, tak nak ibu bapa
tahu.

Ibu bapa percaya. Anak-anak pula leka. Last-last masing-masing tak
tau mana nak taruk muka.

Saya setuju dengan ustaz. Ibu bapa perlu lebih bersikap terbuka
dalam hal ni. Jangan asyik dok fikir, nanti kalau anak aku ni tiba-
tiba je nak kawin, tak menyempat-nyempat, apa pula kata orang. Mesti
orang akan kata, tak ada angin, tak bergoyang pokok...

Peduli apa kata orang. Mulut tempayan boleh tutup. Mulut manusia
yang tak boleh.

Asal kita tahu apa yang kita buat tak salah. Cuma untuk harap redha
TUHAN yang jauh lebih baik daripada segala-galanya. Yang penting,
ibu bapa kenalah ambil tahu hal anak-anak remaja mereka dan sokong
fizikal, mental dan material.

Jom buat petition. Minta sokongan orang ramai. Buat adat dan cara
baru, jika adat yang sedia ada menyusahkan.

"Islam itu mudah, adat yang menyusahkan."

[NIKAH, connecting people, halal way]

TricKs Microsoft Words !!! Ajaib Sungguh ...

Dari taun-taun lepas lagi yanokage carik benda nih. Nak share ngan korang semua. Terkejut gak bila buat dulu. Amazing ! Even Bill Gates can't explain ............
Buka Microsoft Word, kemudian type perkataan dibawah ini:

=rand(200,99)

Selepas itu korang tekan enter, dan tunggu selama 5 saat.

Surprise........!!!!! Jangan tanya aku lak camaner boleh jadi cam tu sebab aku sendiri

Lelaki dan Wanita

1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2.Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3.Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4.Wanita menghadapi banyak ...


permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke
liang kubur.

5.Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata
kaum wanita.

6.Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.

8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang
suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-
galanya.

9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11.Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin,
ia hafal seluruh pertanyaan.

12.Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita,
lelaki bermalam dalam kegelapan.

14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu.

16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu
menjadikan suaminya teman yang termulia.

17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkhawin.

19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22.Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada
ucapan suaminya.

23.Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa
henti.

24.Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah
kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25.Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi
wanita adalah lidahnya.

26.Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi
sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27.Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri
banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28.Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di
sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29.Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30.Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31.Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya."

Khasiat 7 Surah .. ruginyer kalau tak baca

SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
bersinarlah
cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di
hari
kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan
Al-Mulk"


SURAH YAASIN

Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat
dengan
disertakan 80 Malaikat dan



Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari
di
bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan
surah
yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHAN

Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya
70,000
malaikat akan meminta ampun baginya".

SURAH AL-WAQIAH

Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan
menjadi
miskin selama-lamanya"

SURAH AL-MULK

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan
semua
anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu
dan
jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di
hari
kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya
Allah
swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat
dari
siksaan kubur!"

Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYAR

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah
swt
mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga
waktu
petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"

careful...crash hearted...

Adakah anda akan menyembunyikan hal putus cinta daripada pengetahuan orang lain walaupun anda berasa sangat sedih dan pilu? Marilah kita sama2 melihat rupa mereka yang putus cinta.....

ARIES- menuju harapan
Aries suci seperti kanak2. oleh itu,apabila mereka putus cinta, mereka akan mengubahkan kesedihan ini kepada satu tenaga. Mereka akan berusaha untuk meningkatkan diri sendiri seperti menghadiri kelas2, seminar dan sebagainya. Ini adalah kerana mereka beranggapan walaupun telah terpisah, dia akan hidup lebih bahagia berbanding dulu. Oleh itu, apabila anda melihat aries berkelakuan demikian, usahlah bongkar rahsianya.

TAURUS- sibuk
Biasanya apabila taurus putus cinta, dia akan mengatur kerja seharian menjadi penuh dengan pelbagai aktiviti misalnya OT, bercuti, balik kampung menziarahi orang tuanya. Semua ini adalah ubat yang paling baik untuk merawat putus cinta. Ini adalah kerana bagi taurus, bagi melupakan seseorang itu adalah sangat susah,
oleh itu dia akan cuba memindahkan semua rindu ke atas kerja dan hiburan supaya diri sendiri tiada masa untuk mengingati kembali cinta yang telah putus.

GEMINI- cakap kosong
Gemini adalah seorang yang suka cakap. Malah dia juga terkenal kerana suka bercakap. Jadi anda tidak akan perasan apabila dia mula bercakap kosong atau yang bukan2 bahawa dia telah putus cinta. Tapi lama-kelamaan anda akan perasan bahawa dalam percakapannya yang tidak logik dan munasabah seperti sedia kala. Malah dia akan cakap topik yang tiada kaitan. Maka anda akan mengetahui bahawa dia telah putus cinta.

CANCER- kenangan
saya selalu datang ke cafe ini bersama dia. Di sini dia telah menghadiahkan bunga kepada saya. Dia telah bagi saya bunga mawar putih yang sangat cantik. Kami suka duduk di lokasi ini kerana dari sini boleh melihat bunga2 di taman.... kalau cancer mengajak anda keluar pada waktu malam dan cakap benda macam ini. Anda jangan sangka dia sedang mengatakan kebahagiaan percintaannya.
Sebenarnya, perkara yang sebaliknya telah berlaku..

LEO- kutukan
Leo bersifat anggun dan angkuh. Oleh itu dalam perkara putus cinta, semuanya adalah salah kepada si dia. Walaupun dia tidak akan mengungkit perkara ini. Namun apabila anda terdengar seseorang yang pernah digelar sebagai sayang, honey, sweetheart, gadisku atau abang, tiba2 menjadi orang yang paling tidak bermakna lagi buat leo. Maka anda akan tahu apa yang telah berlaku......

VIRGO- hilang kawalan
Anda memerlukan jangka masa yang lama baru mengetahui virgo telah putus cinta. Ini adalah kerana virgo pandai menyembunyikan masalahnya. Jadi anda selaku kawannya jangan lah terkejut tiba2 dia menangis kerana mendengar sesebuah
lagu. Ini mungkin disebabkan virgo telah lama memendamkan kepiluannya, akhirnya telah meletup.

LIBRA- panas baran
Libra mengejar keharmonian dan keadilan. Oleh itu apabila putus cinta maka adalah saat yang mereka tidak seimbang. Masa ini mereka sangat panas baran. Perkara yang kecil pun akan buat mereka mengamuk dan marah. Buka saja muka yang masam malah kata2 pun menyakiti hati orang lain. Kalau anda mengetahui kenapa mereka mengamuk, maka anda kenalah bersabar. Biarlah mereka mengeluarkan apa yang mereka tidakpuas hati.

SCORPIO- termenung
Apabila putus cinta scorpio akan berada keadaan dimana selalu termenung seolah2 sedang memikirkan sesuatu perkara. Kebanyakan orang beranggapan scorpio sedang memikirkan bagaimana hendak membalas dendam terhadap si dia. Realitinya, walaupun terlintas di otak scorpio bagaimana nak membalas dendam. Namun, scorpio yang tahu apa itu cinta tidak akan membalas dendam. Apa yang difikirkan oleh scorpio adalah kau akan menyesal seumur hidup kerana tidak memilih aku..

SAGITTARIUS- gembira
Sagittarius mempunyai sikap yang gembira dan pelupa. Apabila ia putus cinta, dia tidak akan menunjukkan sebarang reaksi kesedihan malah kelihatan lebih gembira. Kadang2 dia akan ketawa sendiri. Situasinya membuatkan orang lain tidak memahami dan keliru dengannya. Sebenarnya dengan cara ini dia dapat mencari jalan keluar dari kesedihan yang dialaminya.

CAPRICORN- tenang
Anda susah perasan bahawa capricorn telah bercinta. Begitu juga apabila putus cinta anda juga tidak dapat mengesan. Sikapnya yang sentiasa tenang itu membuatkan orang lain susah menangkap perasaannya. Dia akan melakukan kegiatan seharian seperti biasa. Kalau anda seorang yang prihatin, anda akan mendapati kesedihan akibat putus cinta akan membuatkan capricorn dingin terhadap orang lain.

AQUARIUS- keseorangan
Aquarius suka keseorangan apabila putus cinta. Mereka akan sembunyi dalam bilik atau ketempat sunyi atau pun ke tempat cafe atau restoran yang tidak ramai orang. Walaupun mereka kelihatan tenang pada paras rupa namun dalam isi hati
mereka sering tertanya2 kenapa perkara ini boleh berlaku. Tapi anda selaku teman aquarius tidaklah rasa risau sebab mereka akan dapat jawapan dan penyelesaiannya.

PISCES- air mata
Terdapat lagenda menyatakan sebab ikan berada di dalam air, sebab itu kita tidak nampak air mata ikan. Sebenarnya ini adalah apa yang dialami oleh pisces yang putus cinta. Pisces yang setia dan sensitif akan menyembunyikan perkara ini.
Mereka akan menbaca novel yang mengharukan atau menonton filem yang sedih supaya mereka ada alasan untuk mengalirkan air mata.

Tips Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Tip 1

Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2

Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.

Tip 3

Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.

Tip 4

Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

Tip 5

Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Tip 6

Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7

Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8

Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9

Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

Tip 10

Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Tip 11

Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

Tip 12

Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

Tip 13

Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

Tip 14

Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

Tip 15

Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Tip 16

Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.

Tip 17

Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.

Tip 18

Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 19

Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 20

Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.

Tip 21

Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Tip 22

Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.

Tip 23

Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.

Tip 24

Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.

Tip 25

Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.

Tip 26

Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.

Tip 27

Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.

Tip 28

Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.

Tip 29

Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.

Tip 30

Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.

Tip 31

Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.

Tip 32

Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.

Tip 33

Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Tip 34

Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.

Tip 35

Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.

Tip 36

Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.

Tip 37

Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.

Tip 38

Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

Tip 39

Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.

Tip 40

Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.

Tip 41

Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Tip 42

Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Tip 43

Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.

Tip 44

Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.

Tip 45

Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.

Tip 46

Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.

Tip 47

Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Tip 48

Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

Tip 49

Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

Tip 50

Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.

Tip 51

Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.

Tip 52

Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Tip 53

Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.

Tip 54

Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.

Tip 55

Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.

Tip 56

Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.

Tip 57

Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.

Tip 58

Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.

Tip 59

Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.

Tip 60

Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.

Tip 61

Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

UsaHa KiTa UtK GazA


bacalah ia ketika solat sebagai bantuan untuk kepada saudara kita di palestin