Thursday, January 29, 2009

Khasiat 7 Surah .. ruginyer kalau tak baca

SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
bersinarlah
cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di
hari
kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan
Al-Mulk"


SURAH YAASIN

Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat
dengan
disertakan 80 Malaikat dan



Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari
di
bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan
surah
yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHAN

Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya
70,000
malaikat akan meminta ampun baginya".

SURAH AL-WAQIAH

Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan
menjadi
miskin selama-lamanya"

SURAH AL-MULK

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan
semua
anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu
dan
jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di
hari
kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya
Allah
swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat
dari
siksaan kubur!"

Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYAR

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah
swt
mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga
waktu
petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"

No comments:

Post a Comment