Thursday, January 29, 2009

careful...crash hearted...

Adakah anda akan menyembunyikan hal putus cinta daripada pengetahuan orang lain walaupun anda berasa sangat sedih dan pilu? Marilah kita sama2 melihat rupa mereka yang putus cinta.....

ARIES- menuju harapan
Aries suci seperti kanak2. oleh itu,apabila mereka putus cinta, mereka akan mengubahkan kesedihan ini kepada satu tenaga. Mereka akan berusaha untuk meningkatkan diri sendiri seperti menghadiri kelas2, seminar dan sebagainya. Ini adalah kerana mereka beranggapan walaupun telah terpisah, dia akan hidup lebih bahagia berbanding dulu. Oleh itu, apabila anda melihat aries berkelakuan demikian, usahlah bongkar rahsianya.

TAURUS- sibuk
Biasanya apabila taurus putus cinta, dia akan mengatur kerja seharian menjadi penuh dengan pelbagai aktiviti misalnya OT, bercuti, balik kampung menziarahi orang tuanya. Semua ini adalah ubat yang paling baik untuk merawat putus cinta. Ini adalah kerana bagi taurus, bagi melupakan seseorang itu adalah sangat susah,
oleh itu dia akan cuba memindahkan semua rindu ke atas kerja dan hiburan supaya diri sendiri tiada masa untuk mengingati kembali cinta yang telah putus.

GEMINI- cakap kosong
Gemini adalah seorang yang suka cakap. Malah dia juga terkenal kerana suka bercakap. Jadi anda tidak akan perasan apabila dia mula bercakap kosong atau yang bukan2 bahawa dia telah putus cinta. Tapi lama-kelamaan anda akan perasan bahawa dalam percakapannya yang tidak logik dan munasabah seperti sedia kala. Malah dia akan cakap topik yang tiada kaitan. Maka anda akan mengetahui bahawa dia telah putus cinta.

CANCER- kenangan
saya selalu datang ke cafe ini bersama dia. Di sini dia telah menghadiahkan bunga kepada saya. Dia telah bagi saya bunga mawar putih yang sangat cantik. Kami suka duduk di lokasi ini kerana dari sini boleh melihat bunga2 di taman.... kalau cancer mengajak anda keluar pada waktu malam dan cakap benda macam ini. Anda jangan sangka dia sedang mengatakan kebahagiaan percintaannya.
Sebenarnya, perkara yang sebaliknya telah berlaku..

LEO- kutukan
Leo bersifat anggun dan angkuh. Oleh itu dalam perkara putus cinta, semuanya adalah salah kepada si dia. Walaupun dia tidak akan mengungkit perkara ini. Namun apabila anda terdengar seseorang yang pernah digelar sebagai sayang, honey, sweetheart, gadisku atau abang, tiba2 menjadi orang yang paling tidak bermakna lagi buat leo. Maka anda akan tahu apa yang telah berlaku......

VIRGO- hilang kawalan
Anda memerlukan jangka masa yang lama baru mengetahui virgo telah putus cinta. Ini adalah kerana virgo pandai menyembunyikan masalahnya. Jadi anda selaku kawannya jangan lah terkejut tiba2 dia menangis kerana mendengar sesebuah
lagu. Ini mungkin disebabkan virgo telah lama memendamkan kepiluannya, akhirnya telah meletup.

LIBRA- panas baran
Libra mengejar keharmonian dan keadilan. Oleh itu apabila putus cinta maka adalah saat yang mereka tidak seimbang. Masa ini mereka sangat panas baran. Perkara yang kecil pun akan buat mereka mengamuk dan marah. Buka saja muka yang masam malah kata2 pun menyakiti hati orang lain. Kalau anda mengetahui kenapa mereka mengamuk, maka anda kenalah bersabar. Biarlah mereka mengeluarkan apa yang mereka tidakpuas hati.

SCORPIO- termenung
Apabila putus cinta scorpio akan berada keadaan dimana selalu termenung seolah2 sedang memikirkan sesuatu perkara. Kebanyakan orang beranggapan scorpio sedang memikirkan bagaimana hendak membalas dendam terhadap si dia. Realitinya, walaupun terlintas di otak scorpio bagaimana nak membalas dendam. Namun, scorpio yang tahu apa itu cinta tidak akan membalas dendam. Apa yang difikirkan oleh scorpio adalah kau akan menyesal seumur hidup kerana tidak memilih aku..

SAGITTARIUS- gembira
Sagittarius mempunyai sikap yang gembira dan pelupa. Apabila ia putus cinta, dia tidak akan menunjukkan sebarang reaksi kesedihan malah kelihatan lebih gembira. Kadang2 dia akan ketawa sendiri. Situasinya membuatkan orang lain tidak memahami dan keliru dengannya. Sebenarnya dengan cara ini dia dapat mencari jalan keluar dari kesedihan yang dialaminya.

CAPRICORN- tenang
Anda susah perasan bahawa capricorn telah bercinta. Begitu juga apabila putus cinta anda juga tidak dapat mengesan. Sikapnya yang sentiasa tenang itu membuatkan orang lain susah menangkap perasaannya. Dia akan melakukan kegiatan seharian seperti biasa. Kalau anda seorang yang prihatin, anda akan mendapati kesedihan akibat putus cinta akan membuatkan capricorn dingin terhadap orang lain.

AQUARIUS- keseorangan
Aquarius suka keseorangan apabila putus cinta. Mereka akan sembunyi dalam bilik atau ketempat sunyi atau pun ke tempat cafe atau restoran yang tidak ramai orang. Walaupun mereka kelihatan tenang pada paras rupa namun dalam isi hati
mereka sering tertanya2 kenapa perkara ini boleh berlaku. Tapi anda selaku teman aquarius tidaklah rasa risau sebab mereka akan dapat jawapan dan penyelesaiannya.

PISCES- air mata
Terdapat lagenda menyatakan sebab ikan berada di dalam air, sebab itu kita tidak nampak air mata ikan. Sebenarnya ini adalah apa yang dialami oleh pisces yang putus cinta. Pisces yang setia dan sensitif akan menyembunyikan perkara ini.
Mereka akan menbaca novel yang mengharukan atau menonton filem yang sedih supaya mereka ada alasan untuk mengalirkan air mata.

2 comments:

  1. bukan ke org islam x boleh percaya pada tafsiran bintang2 ni??khurafat...wallahua`lam

    ReplyDelete